Segala informasi berkenaan Kuala Krai kini di hujung jari.

Friday, 26 October 2018

SEJARAH KUALA KRAI BAHAGIAN 2: PUTERI URDUJA

Wikipedia memberitahu Urduja adalah seorang puteri dan pahlawan yang menjadi legenda (sekitar 1350-1400 AD) yang diiktiraf sebagai heroin dari Pangasinan, Filipina. Nama Urduja adalah sebutan dari bahasa Sanskrit, dan variasi dari nama “Udaya”, yang bermaksud “timbul” atau “matahari terbit”, atau nama “Urja”, yang bermaksud “nafas”. Urduja disebut didalam catatan perjalanan Ibnu Battuta (1304 – mungkin 1368 atau 1377 M), seorang pengembara Muslim dari Maghribi.
Penyelidikan moden yang dilakukan oleh sejarawan William Henry Scott membuat kesimpulan berkenaan catatan Ibn Batutta terhadap Urduja adalah sebuah fiksyen dan tanah Tawalisi juga adalah rekaan dan palsu. Namun Jose Rizal menyatakan bahawa tanah Tawalisi terletak di bahagian utara Filipina, berdasarkan sangkaannya mengenai masa dan jarak perjalanan Ibnu Battuta mengambil untuk belayar ke China dari Tawalisi.
Namun perbahasan akhir mengenai diri Urduja belum ditamatkan lagi secara sempurna walaupun di wikipedia, ditulis Urduja adalah puteri kebanggaan warga Filipina sehingga Puteri Urduja dimuatkan di dalam buku teks sekolah sebagai seorang dalam senarai list of great Filipinos. Malah Filipina berusaha menanam ‘Urduja’ berasal dari sana sehingga di wilayah Pangasinan di gedung pengadilan di Lingayen dinamakan “Urduja House” dan sebuah patung Puteri Urduja berdiri di Ratus Kepulauan Taman Negara di sana.
Di Kuala Krai, Kelantan, Malaysia dibangunkan Galeri Kuala Krai pada 03 November 2014 tahun lalu, yang dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan: Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra D.K., S.P.M.K. Galeri Kuala Krai mempersembahkan Puteri Urduja yang berada di Kuala Krai pada ketika kedatangan Ibnu Batuta. Kaylukari yang dicatat oleh Ibnu Batuta disamakan dengan Kuala Krai. Selain itu, galeri mempersembahkan penemuan tapak pemerintahan Urduja di Gunung Cinta Wangsa melalui kajian arkeologi yang dilakukan oleh beberapa individu aktivis sejarah.
Hadiah Puteri Urduja kepada Ibnu Batuta menjadi perkara terperinci yang perlu dikaji untuk meneliti tempat sebenar dimanakah terletaknya Kaylukari, Tawalisi. Beras, kerbau, halia, lada, lemon, mangga, dan garam adalah produk yang banyak terdapat di Pangasinan dan India.
Ibnu Battuta juga menyebut bahawa Urduja mempunyai beberapa pengetahuan tentang Turki, yang menunjukkan hubungan diplomasi antarabangsa. Di zaman Ibnu Battuta, pengaruh Empayar Turki Uthmaniyyah semakin meningkat di India (mungkin juga di tanah melayu?) tetapi tidak di Filipina. Kes ini yang membuat percanggahan sama ada Urduja sememangnya dari Filipina ataupun tidak? Kes kedua yang membuat sedikit percanggahan tetapi masih boleh mencari penjelasan lain, iaitu Ibnu Batutta memberitahu bahawa dia juga melihat gajah di negeri yang diperintah oleh Urduja. Gajah tidak ada secara asal di Pangasinan, Filipina. Tetapi, penjelasan lainnya adalah gajah masih boleh ditemui di Borneo, dan mungkin ia dibawa ke Pangasinan pada zaman dahulu sebagai barang dagangan.
Penjelasan mengenai gajah dikuatkan melalui sejarah kapal belayar Melayu-Polinesia (seperti Balangay), seperti yang digunakan oleh orang-orang Bugis purba dan orang-orang yang digambarkan melalui ukiran-ukiran di dalam Borobudur, yang mampu mengangkut kargo berat, termasuk gajah. Malah terdapat gambaran kapal purba seperti di lautan Asia Tenggara mengangkut beberapa gajah untuk perdagangan.
Sememangnnya, perbincangan dan kajian terhadap Urduja di Kuala Krai, Kelantan masih kurang dipopularkan secara meluas di media cetak atau media atas talian (internet). Semoga tulisan pembukaan yang kecil ini dapat dipanjangkan dan dipopularkan pada masa depan agar kajian terhadap Urduja di Kelantan menjadi perhatian orang ramai.
Sumber ceritakankelantan

Thursday, 25 October 2018

DAERAH, MUKIM DAN KAMPUNG DI DALAM JAJAHAN KUALA KRAI

Daerah Penggawa
Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35 buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung. Maklumat adalah seperti berikut:
Sumber MD Kuala Krai

Sunday, 14 October 2018

INFO KUALA KRAI BAHAGIAN 1

Kuala Krai (mengikut sejarahnya dikenali Kuala Lebir) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.

Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.

Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai bagi kawasan utara jajahan (dulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Utara) dan Majlis Daerah Dabong bagi kawasan selatan jajahan (dulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Selatan).

Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.

Sumber Wikipedia

Friday, 12 October 2018

SEJARAH KUALA KRAI BAHAGIAN 1

Sejarah Kelantan bermula di sini. banyak peninggalan sejarah terdapat di Kuala Krai. Nama Kelantan juga adalah kerana bukit yang terdapat di kawasan ini. Kuala Krai merupakan salah satu kawasan yang kaya dengan sumber aslinya iaitu emas. Oleh sebab itu banyaklah pedagang-pedagang dari Arab, Cina, Hindu dan lain-lain lagi.
Nama Kuala Krai diambil kerana kawasan ini merupakan kawasan muara sungai. Bagi penduduk di sini mereka memanggil muara sungai sebagai kuala. Perkataan “krai” pula diambil dari sejenis ikan yang banyak terdapat di situ. Kuala Krai merupakan penempatan awal dan kerajaan terawal di Kelantan.
Telah tercatit di dalam catatan pelayaran Ibnu Batuta yang beliau telah sampai ke suatu tempat yang dipanggil sebagai Khailun Qari yang kini dikenali sebagai Kuala Krai. Perkataan Khailun Qari adalah dari bahasa Morocco. Semasa Ibnu Batuta sampai ke sini beliau sudah terlihat sebuah penempatan luas dan sebuah istana yang tersergam. Istana ini dipunyai oleh pemerintah di waktu itu yang merupakan seorang wanita. Paduka Siti merupakan seorang pemerintah dan juga hulubalang dalam masa yang sama bagi kawasan Hulu Kelantan. Beliau mempunyai seangkatan parajurit yang kesemuanya juga adalah wanita.
Ibnu Batuta pada awalnya gusar untuk memasuki ke kawasan itu, namun apabila Paduka Siti sendiri pergi kepada beliau dan mengajaknya beliau. Oleh sebab kesungguhan yang ditunjukkan oleh Paduka Siti, maka Ibnu Batuta masuk ke penempatan itu sambil melihat adat dan budaya yang diamalkan oleh penduduk. Penduduk di situ yang pada awalnya merupakan penganut Hindu telah menukar agama kepada agama Islam sebelum kedatangan Ibnu Batuta lagi tetapi mereka tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna kerana ketiadaan ahli ulama’ yang dapat mengajar mereka.
Penduduk asal kawasan ini adalah mereka yang berasal dari Acheh, Palembang, Medan dan beberapa lagi kawasan di Indonesia. Mereka belayar ke Patani dan seterusnya ke Hulu Kelantan untuk membina penempatan baru. Sehingga kini tradisi yang ada di Palembang dan di Kuala Krai hampir sama. Di Palembang juga terdapat makanan tradisional Kelantan iaitu Budu.
Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909. Kini setelah hampir 100 tahun berlalu, Bandar Kuala Krai telah menjadi kawasan bandar dan penempatan yang membangun. Penduduk mula membanjiri kawasan ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Kesemua yang dikecapi oleh kawasan ini dari saat pembukaannya pada tahun 1902 menjadikan ia sebuah kawasan yang penuh dengan sejarah.

Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.

Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.


CnP